Sunday, April 15, 2018

BAB 6 : PENUTUP

Bismillahirahmanirahim, alhamdulliah, syukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

     Setinggi-setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan Kamaruddin Rahmat Tyre & Services kerana telah memberi peluang saya menjalankan latihan industri di syarikatnya selama 5 bulan. Khasnya buat En.Muhd Fauzi selaku pengurus di syarikat ini dan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di organisasi ini. Selain itu, Abang Afiq dan Abang Jimi selaku mekanik kereta saya kerana mereka juga telah banyak memberi tunjuk ajar saya tentang penggunaan alatan terutama yang berkaitan dengan mesin dan cara melakukan kerja dengan cara yang betul terutama yang saya tidak mahir.

     Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja kedai terutama dalam bahagian mekanik telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok kedai. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan pada masa yang akan datang.

     Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Latihan Industri dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani Latihan Industri. Setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah Puan Nurul Izza kerana telah membantu dalam penyediaan laporan latihan industri.

     Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya En.Muhd Shukri dan Pn.Jamaliah Jamaluddin yang telah memberikan dorongan dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan menamatkan latihan industri selama 5 bulan.


1 comment:

  1. selamat maju jaya buat syazwan. seorang pelajar yang rajin usaha, berdisiplin dan sentiasa tepat masa.

    ReplyDelete

BAB 6 : PENUTUP

Bismillahirahmanirahim, alhamdulliah, syukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kep...